Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Budu, Kerian Saratok, ditutup hari ini berikutan kawasan itu dilanda banjir. Foto JBPM

Banjir: SK Nanga Budu ditutup hari ini

SARATOK, 13 Dis: Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Budu, Kerian di sini, ditutup hari ini berikutan kawasan itu dilanda banjir.

Komander Operasi, Mohamad Hairul Azzri Saupi berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 7.15 pagi dengan menggerakkan tiga anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi kejadian.

“Kejadian banjir berlaku di kawasan sekolah pada jam kira-kira 7 pagi iaitu melibatkan bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi pra sekolah dan paras air dilaporkan setinggi paras dada orang dewasa.

“Kesemua mangsa yang terlibat iaitu 26 orang murid, pekerja sekolah 18 orang serta pekerja swasta seramai 6 orang telah berjaya berpindah ketempat tinggi dan kini sekolah yang terlibat telah ditutup,” katanya hari ini.

Menurutnya, pihak bomba memeriksa serta melakukan pemantauan di sekitar sekolah bagi memastikan tahap keselamatan di kawasan yang dinaiki air di mana paras air trend masih meningkat.

“Setelah memastikan keadaan terkawal dan selamat, pihak bomba seterusnya balik ke balai,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan