Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga pengakap maut dan 12 lagi cedera selepas terkena renjatan elektrik pada pagi Khamis ketika memindahkan khemah di sebuah tapak perkhemahan di Zamboanga City, selatan Filipina. Foto hiasan Envato

3 pengakap maut, 12 cedera akibat renjatan elektrik di Filipina

ByBernama

MANILA, 12 Dis: Tiga pengakap maut dan 12 lagi cedera selepas terkena renjatan elektrik pada pagi Khamis ketika memindahkan khemah di sebuah tapak perkhemahan di Zamboanga City, selatan Filipina, menurut laporan polis, lapor Xinhua.

Ketua Polis Zamboanga City Kolonel Polis Kimberly Molitas berkata kepada pemberita bahawa kemalangan itu berlaku apabila hujung logam khemah menyentuh kabel elektrik hidup.

Kemalangan yang berlaku sekitar pukul 9 pagi waktu tempatan itu mengorbankan pengakap senior berusia 17, 18, dan 22 tahun.

Penganjur meminta para pengakap memindahkan khemah terbabit sebelum majlis pembukaan perkhemahan untuk menyediakan tempat teduh kepada peserta.

Insiden tragis itu menyebabkan penganjur membatalkan jambori pengakap selama empat hari yang dirancang dengan penyertaan lebih 2,000 orang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan