TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda

SEREMBAN, 12 Dis: Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan platform terbaik untuk generasi muda memperoleh kemahiran teknikal yang relevan sekali gus membuka peluang kerjaya lebih kompetitif dan berdaya saing.

Malaysia kecam tindakan Israel, gesa campur tangan PBB dalam krisis Gaza

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Dalam ucapan pada Sesi Khas Tergempar ke-10 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Malaysia mengecam tindakan ketenteraan Israel yang berterusan di Gaza dan Tebing Barat, serta menyeru campur tangan antarabangsa yang tegas untuk menangani krisis kemanusiaan yang teruk berlaku di Gaza.

Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Ketua Jurulatih Harimau Malaya Pau Marti Vicente memuji ketahanan pasukannya selepas mereka berjaya mengatasi cabaran getir untuk memastikan kemenangan 3-2 ke atas Timor-Leste pada perlawanan kedua Kumpulan A Piala ASEAN 2024, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.