Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Wilayah KWSP Sarawak, Aminuddin Abdul Aziz, menyampaikan ucapan semasa Majlis Apresiasi Rakan Strategik dan Anugerah Majikan Terbaik di Kuching, hari ini. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

KWSP Sarawak giat tingkat kesedaran simpanan persaraan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 12 Dis : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sarawak komited dalam usahanya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan simpanan persaraan dalam kalangan rakyat negeri ini, terutama dalam menghadapi cabaran perubahan sosioekonomi yang semakin mendesak.

Ketua Pengarah Wilayah KWSP Sarawak, Aminuddin Abdul Aziz, menekankan usaha sedemikian menjadi keperluan untuk mewujudkan perancangan kewangan yang lebih mapan, khususnya bagi pekerja sektor formal dan tidak formal.

“Di Sarawak, kita melihat hampir 40 peratus rakyat yang mencapai umur 55 atau 60 tahun tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk persaraan.

“Kita perlu bertindak lebih agresif dan berterusan dalam meningkatkan liputan dan kesedaran tentang keperluan ini,” katanya pada Majlis Apresiasi Rakan Strategik dan Anugerah Majikan Terbaik di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa KWSP Sarawak telah menjalankan lebih 1,400 program jangkauan pada tahun ini, termasuk kerjasama dengan pelbagai agensi dan institusi.

“Kerjasama ini penting untuk memastikan mesej kita sampai kepada setiap lapisan masyarakat, terutama di kawasan pedalaman,” jelasnya.

Menurut Aminuddin, peratusan tabungan ahli KWSP di Sarawak kini menunjukkan peningkatan.

“Pada masa ini, kita mencatatkan peningkatan sebanyak 3 peratus dalam liputan simpanan untuk pekerja sektor formal dan tidak formal.

“Walaupun ini adalah perkembangan positif, kita mahu angka ini terus meningkat agar lebih ramai rakyat Sarawak dilindungi,” katanya.

Beliau juga menekankan kepentingan strategi pendidikan kewangan dalam mendidik masyarakat tentang pengurusan kewangan yang berkesan.

“Kita mahu setiap sen yang disimpan oleh ahli KWSP digunakan dengan bijak.

“Pendidikan kewangan adalah kunci kepada perubahan ini,” ujar beliau.

Beliau juga menyeru sokongan daripada semua pihak untuk memastikan usaha ini berjaya.

“Sokongan daripada majikan, agensi kerajaan, dan masyarakat amat penting. Bersama-sama, kita boleh bergerak lebih jauh.

“Seperti kata pepatah, berjalan sendiri mungkin lebih cepat, tetapi berjalan bersama akan membawa kita lebih jauh,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan