KUCHING, 11 Dis: Sebuah van terbakar berhampiran Kilang Murata, Jalan Usaha Jaya di sini, awal pagi tadi.
Komander Operasi, Said Muhammad Imran Sahul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 5.13 pagi dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan sebuah van jenis Vannete telah terbakar di bahagian hadapan van tesebut dan anggaran kebakaran adalah 100 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, anggota bomba menggunakan pakaian operasi lengkap dan menggunakan satu aliran salur bantu mula untuk memadam kebakaran van tersebut.
“Setelah keadaan selamat pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS