JAKARTA, 11 Dis: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan 609,000 orang pengunjung ke Sarawak dari Indonesia pada 2025.
Menurut STB, sasaran itu meningkat lima peratus berbanding 2024 dengan menyasarkan 480,000 ketibaan pelancong Indonesia.
Difahamkan sehingga penghujung Oktober ini sekurang-kurangnya 440,000 warga Indonesia direkodkan telah melawat Sarawak untuk pelbagai tujuan.
Pengarah Pemasaran Domestik dan ASEAN STB Barbara Benjamin Atan berkata pada majlis pelancaran kempen ‘Sarawak: Gateway to Borneo’ di Jakarta dan Balikpapan semalam, Indonesia secara konsisten merupakan antara penyumbang utama ketibaan pelancong ke Sarawak.
“Penting untuk STB melakukan program promosi dan jerayawara ini kerana Indonesia setakat ini antar penyumbang yang paling ramai pelancong yang datang ke Sarawak,” katanya.
Beliau berkata produk ekopelancongan, pelancongan mesra Muslim dan pelancongan kesihatan adalah antara tarikan paling popular bagi pelawat Indonesia.
Barbara menjelaskan, sesi jerayawara bersama pemain industri pelancongan tempatan yang hadir akan menggalakkan dan membantu memperkenalkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan untuk Indonesia.
Dalam pada itu, ia turut menyatakan bahawa ketersambungan penerbangan terus sebagai faktor penting dan mengharapkan lebih banyak laluan baharu ke wilayah Sarawak dari Indonesia. – TVS