Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam program Temu Bual Khas Pasca-Belanjawan Sarawak 2025 yang dihoskan seorang pakar ekonomi dari Universiti Malaya, Dr Muhammad Asri Mohd Ali terbitan TVS. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak optimis capai KDNK RM280 bilion menjelang 2030

KUCHING, 11 Dis: Kerajaan Sarawak optimis dapat mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM280 bilion menjelang 2030 menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sasaran ini merupakan sebahagian daripada visi jangka panjang yang terkandung dalam PCDS 2030 dengan tujuan untuk memulih dan meningkatkan ekonomi negeri.

“Kita ada hala tuju untuk menguruskan ekonomi kita. Selepas masalah COVID-19, saya telah melibatkan perbincangan bersama pelbagai pihak berkepentingan, termasuk sektor badan bukan kerajaan (NGO) untuk mencari jalan keluar daripada kesan buruk pandemik yang menjejaskan ekonomi global, termasuk Sarawak.

“Hasil daripada pertemuan dan perbincangan, kita telah menghasilkan dasar pasca COVID-19 atau PCDS yang menjurus kepada 2030, di mana KDNK kita ketika itu ialah lebih kurang RM140 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi rakaman program terbitan TVS, Temu Bual Khas Pasca-Belanjawan Sarawak 2025 yang dihoskan seorang pakar ekonomi dari Universiti Malaya dan ahli Majlis Profesor Negara, Dr Muhammad Asri Mohd Ali.

Abang Johari berkata dengan adanya sasaran sedemikian, secara langsung ia mencorakkan hala tuju dan mengenal pasti sektor-sektor yang boleh meningkatkan KDNK Sarawak.

Dalam pada itu, beliau menekankan kepentingan sektor pendidikan untuk memastikan tenaga kerja yang dilatih dengan teknologi terkini yang dapat menyokong produktiviti tinggi dan memperkukuh asas ekonomi Sarawak.

Langkah-langkah strategik ini bagi memberi tumpuan kepada pengembangan tenaga kerja berkualiti tinggi yang dapat menyokong pertumbuhan ekonomi lebih maju menjelang 2030.

“Maka kita tekankan kepada sektor pendidikan yang harus dijalankan melalui teknologi yang terkini dan dapat memberikan produktiviti yang tinggi kepada asas ekonomi kita.

“Saya berpendapat pada tahun 2030 walaupun sasaran agak tinggi, tetapi kita ada proses dengan mengembangkan sektor tertentu,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan