Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar selepas sidang media Kejohanan Kriket Antarabangsa Piala Dunia Kriket Wanita T20 Bawah 19 Tahun. Foto TVS

Sarawak hos bersama Kejohanan Antarabangsa Kriket Piala Dunia di Kuching

KUCHING, 11 Dis: Sarawak menjadi tuan rumah kepada 10 daripada 42 perlawanan ketika Kejohanan Kriket Antarabangsa Piala Dunia Kriket Wanita T20 Bawah 19 Tahun bermula 18 hingga 28 Januari 2024.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah optimis kejohanan yang berlangsung di Kuching itu akan disiarkan secara langsung kepada lebih 200 juta penonton di 180 negara akan membuka mata serta meningkatkan imej global Sarawak di mata dunia.

Menurutnya, peluang sebagai penganjur bersama kejohanan itu susulan kepercayaan yang diberikan Perbadanan Kriket Antarabangsa (ICC) kepada Sarawak selepas melihat kemampuan negeri itu menjadi tuan rumah Sukan Malaysia ke-21.

“Kita amat berbangga kerana dipilih namun kita tahu cabarannya kerana kita hanya memiliki padangnya namun tidak kemudahan lain.

“Jadi selepas sahaja mendapat tawaran daripada ICC, perkara tersebut saya terus bawa ke mesyuarat kabinet bagi mendapatkan dana untuk menaiktaraf kemudahan pusat kriket kita.

“Kita berjaya memperoleh dana tersebut, tiada bantahan daripada anggota kabinet dan beberapa juta ringgit dana telah disalurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Kejohanan Kriket Antarabangsa Piala Dunia Kriket Wanita T20 Bawah 19 Tahun di Bangunan Baitulmakmur 2 di sini pada Rabu.

Menurut Abdul Karim, walaupun terikat dengan kesuntukan masa bagi menaik taraf kemudahan itu, kontraktor yang dilantik berupaya menyiapkan kemudahan-kemudahan yang di perlukan untuk penganjuran kejohanan tersebut.

Katanya, kerja-kerja pembinaan kemudahan itu telah mendahului jadual yang kebiasaannya akan mengambil masa hampir tahun namun kontraktor terlibat mampu menyiapkannya kurang daripada enam bulan sebelum kejohan tersebut berlansung januari depan.

“Saya amat yakin melihat kepada kemajuan pembinaan bangunan yang akan menempatkan bilik persalinan, kemudahan bilik air, bilik persidangan dan laman media semuanya ditempat sepatutnya.

“Bukan itu sahaja, padang serta teres akan menjadikan ia sebagai salah satu kemudahan Kriket yang terbabit kerana penonton akan berada di teres tersebut yang menghadap ke arah padang,” katanya.

Pada kejohanan tersebut Sarawak akan menjadi hos bagi perlawanan daripada Kumpulan C yang membabit pasukan New Zealand, Afrika Selatan, Nigeria dan Samoa.

Kejohanan tersebut juga akan turut di siarkan secara lansung ke seluruh Dunia oleh dua organsi media iaitu ICC TV dan Star Sports dengan jangkaan kira-kira 180 negara yang bakal menonton perlawanan dalam kejohanan itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan