Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow. Foto hiasan Envato

Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan

ByBernama

MOSCOW, 11 Dis: Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow, menurut Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) pada Rabu, lapor Sputnik/RIA.

“Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia, bersama Kementerian Dalam Negeri Rusia telah menghentikan aktiviti haram kumpulan jenayah terancang yang mengendalikan tiga pusat panggilan di Moscow, yang merupakan sebahagian daripada rangkaian penipuan antarabangsa yang dikawal oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sistema-Khimprom-Techno, Egor Burkin, yang berada dalam senarai orang dikehendaki,” menurut FSB dalam satu kenyataan.

Siasatan mendapati pekerja pusat panggilan itu mencuri wang dengan berselindung di sebalik aktiviti pelaburan.

Ribuan orang dari lebih 20 negara, termasuk United Kingdom, Jerman, Sepanyol, Turkiye, Serbia dan Korea Selatan mengalami kerugian.

Menurut FSB, pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang telah menahan ketua dan beberapa pekerja pusat panggilan, menggeledah kediaman serta pejabat mereka serta merampas komputer serta peralatan lain.

Kumpulan jenayah terancang Khimprom yang diasaskan oleh Burkin itu ditubuhkan pada 2014 dan mempunyai kira-kira 1,000 ahli. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan