Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Datuk Francis Harden Hollis pada majlis perasmian Persidangan TVET BIMP-EAGA di Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional teras utama tranformasi Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING , 11 DIS: Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak terus memainkan peranan penting dalam memastikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menjadi teras utama dalam transformasi wilayah ini.

Menterinya, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif ini selaras dengan matlamat jangka panjang Sarawak untuk membangunkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing, terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi global yang berubah dengan pesat.

“MEITD mempromosikan TVET sebagai laluan kerjaya pilihan dengan memperluas tawaran yang sejajar dengan keperluan industri.

“Ini memastikan pelajar memperoleh kemahiran praktikal untuk sektor permintaan tinggi seperti pembuatan, pembinaan dan teknologi, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibacakan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis pada Majlis Persidangan TVET Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei Darussalam–Indonesia–Malaysia–Filipina (BIMP-EAGA) Ke-4 di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya lagi, inisiatif-inisiatif ini mencerminkan komitmen MEITD untuk membentuk sistem pendidikan yang mampu melahirkan individu yang berkemahiran, inovatif dan kompetitif di peringkat global.

“Dengan ini, Sarawak mampu memacu ekonomi yang dinamik berdasarkan kemajuan sains dan pembangunan tenaga kerja,” katanya.

Dalam pada itu Roland berkata usaha berterusan untuk memperkukuh TVET perlu ditekankan.

“Dengan kolaborasi semua pihak, kita dapat membentuk tenaga kerja yang bersedia untuk masa depan, memacu pertumbuhan mampan, dan mencipta peluang untuk generasi akan datang,” ujarnya lagi.

Persidangan itu berjaya menghimpunkan lebih 500 delegasi dari Malaysia, Brunei, Indonesia, Filipina dan negara-negara lain, dengan 32 penceramah dan panelis dari dalam dan luar negara, termasuk Australia, Brunei, China, Perancis, Jerman, Indonesia, Filipina dan United Kingdom turut menyertai persidangan yang berlangsung selama dua hari itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan