Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Buaya berukuran 3.9 meter ditangkap selepas makan umpan dipasang SFC.

Ops buaya di Semariang Batu, seekor buaya 3.9 meter ditangkap

KUCHING, 11 Dis: Operasi menangkap buaya di sepanjang Sungai Sarawak (Zon Nyah Buaya) kendalian Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Kampung Semariang Batu di sini hari ini berjaya menangkap seekor buaya.

SFC berkata buaya berukuran 3.9 meter itu ditangkap pada 8.30 pagi selepas makan umpan dipasang anggota SWAT SFC.

Buaya berukuran 3.9 meter ditangkap pada 8.30 pagi selepas makan umpan dipasang anggota SWAT SFC.

“Operasi nyah buaya telah bermula pada 10 hingga 17 Disember 2024 berikutan aduan orang awam tentang kemunculan buaya di kawasan-kawasan yang terbabit dan seekor buaya berjaya ditangkap dan telah mati,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, anggota SWAT SFC terlibat dengan misi menjejaki serta menangkap buaya bagi mengurangkan populasi buaya sepanjang sungai tersebut.

Kaedah seperti pemasangan pancing dan penggunaan senjata api digunakan sepanjang operasi berjalan.

“SFC memohon agak penduduk kampung memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan operasi ini berjalan dengan jaya dan selamat,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan