Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak giat menekankan pentingnya transformasi ekonomi dengan memberi tumpuan kepada digitalisasi dan bidang ekonomi baharu. Foto Faitullah Morni (TVS)

Langkah berani Abang Johari tingkatkan hasil negeri

KUCHING, 11 Dis: Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berjaya mencapai kemajuan signifikan dalam meningkatkan pendapatan negeri berikutan pelaksanaan langkah-langkah ekonomi yang lebih berani dan berstrategi.

Beliau berkata, kejayaan ini membuka peluang untuk melonjakkan kegiatan ekonomi negeri dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Sarawak sambil menegaskan bahawa Kerajaan Sarawak giat menekankan pentingnya transformasi ekonomi dengan memberi tumpuan kepada digitalisasi dan bidang ekonomi baharu.

“Saya rasa bahawa ekonomi kita perlu menjurus kepada cara yang baharu termasuk digitalisasi yang boleh meningkatkan paras ekonomi kita dan lebih efisien dari sudut pengurusan.

“Seterusnya, kita melihat bagaimana kita dapat menambahkan hasil melalui beberapa perundangan yang ada pada Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Temu Bual Khas Pasca-Belanjawan Sarawak 2025 terbitan TVS yang dihoskan seorang pakar ekonomi dari Universiti Malaya dan ahli Majlis Profesor Negara, Dr Muhammad Asri Mohd Ali.

Salah satu langkah utama yang telah dilaksanakan oleh Abang Johari ialah memperkenalkan cukai jualan negeri (SST) bagi produk petroleum.

“Saya melihat ini satu daripada asas untuk kita menaikkan pendapatan negeri, jadi saya melaksanakan cukai jualan yang hanya diperuntukkan untuk di Sarawak dan Sabah. Ini adalah satu daripada rangka persetujuan ketika penubuhan negara Malaysia dalam perlembagaan kita.

“Oleh sebab itu, yang pertama sekali, hasil minyak dan gas saya letakkan lima peratus cukai yang memberi pulangan ataupun pendapatan kira-kira antara RM2.5 bilion hingga RM3 bilion mengikut harga pasaran minyak dan gas,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan