Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Richard Marles mengadakan pertemuan sempena Mesyuarat Jawatankuasa Tinggi bagi Program Pertahanan Malaysia-Australia ke-4 di Melbourne pada Selasa. Foto Khaled Nordin (FB)

Khaled, Marles ulangi kebimbangan terhadap perkembangan di Laut China Selatan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengulangi kebimbangan serius terhadap perkembangan di Laut China Selatan yang boleh mengancam keamanan, keselamatan dan kestabilan rantau ini serta menekankan kepentingan kebebasan pelayaran dan penerbangan mengikut undang-undang antarabangsa.

Beliau menyatakan pendirian itu dalam kenyataan bersama dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia Richard Marles semasa pertemuan mereka sempena Mesyuarat Jawatankuasa Tinggi bagi Program Pertahanan Malaysia-Australia ke-4 di Melbourne pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua menteri turut menggalakkan semua pihak supaya mengawal diri dalam menjalankan aktiviti dan mengelak daripada tindakan yang boleh meningkatkan risiko kemalangan, salah faham serta salah tafsir.

Mereka juga menekankan keperluan untuk semua negara menyelesaikan pertikaian berkaitan isu Laut China Selatan secara aman, mengikut prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

Kedua-dua menteri menyatakan sokongan mereka terhadap keutamaan ASEAN dan seni bina serantau yang diterajui blok itu yang bersifat terbuka, telus, berasaskan peraturan dan inklusif serta sokongan berterusan terhadap pelaksanaan praktikal Pandangan ASEAN di Indo-Pasifik.

Mereka turut mengiktiraf nilai Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus bersama Kumpulan Pakar Kerja sebagai cara untuk membina keyakinan dan pencegahan konflik serta meningkatkan kapasiti.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan