Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Perasmian Kumpulan Wawasan Strategik: Russia-Islamic World di sini , hari ini. Foto, TVS.

Keperluan terhadap penegasan semula prinsip keadilan, kesaksamaan PBB – Anwar

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Malaysia menyifatkan sudah tiba masanya masyarakat antarabangsa menegaskan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menyokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, wujud persoalan berkait tindakan antara misi asal PBB dan toleransi semasa dunia terhadap amalan penjajah.

Mengambil contoh krisis yang melanda di Palestin, Anwar berkata ia memperlihatkan kebisuan dunia dalam menangani isu yang melibatkan nasib negara itu.

“PBB diwujudkan untuk menentang penjajahan, namun hari ini dunia seolah-olah membenar dan menerima penjajahan.

“Di Palestin, harta dan tanah mereka dirampas dan nyawa mereka diambil (namun) dunia membisu serta memekakkan telinga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kumpulan Wawasan Strategik: Russia-Islamic World di sini , hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar menyeru masyarakat antarabangsa untuk memulihkan struktur moral yang telah merosot sejak beberapa dekad dengan menyifatkan penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin mencerminkan penghakisan keadilan yang lebih luas.

“Mengapa bercakap tentang moral dan hak asasi manusia apabila ketidakadilan seperti itu diabaikan. Jelas tidak mencerminkan apa yang diajar dengan apa yang diamalkan.

“Terdapat keperluan untuk tindakan kolektif dalam kalangan negara-negara untuk menyelaraskan semula tadbir urus global dengan prinsip asal PBB,” tegasnya.

Anwar menjelaskan, adalah penting untuk kembali kepada nilai asas keadilan dan kesaksamaan bagi memulihkan kepercayaan dan akauntabiliti di pentas dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan