Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran besar yang melanda Malibu, California kini merebak ke kawasan seluas lebih 8.9 kilometer persegi pada Selasa. Foto AFP

Kebakaran besar landa selatan California

ByBernama

LOS ANGELES, 11 Dis: Kebakaran besar yang melanda Malibu, California kini merebak ke kawasan seluas lebih 2,200 ekar (8.9 kilometer persegi) pada Selasa, memaksa pemindahan penduduk, lapor Xinhua.

Kebakaran yang dinamakan Franklin Fire dilaporkan bermula pada malam Isnin berhampiran Taman Negeri Malibu Creek di Daerah Los Angeles.

Sebagai langkah pencegahan, bekalan elektrik kepada puluhan ribu penduduk telah dihentikan pada malam Isnin.

Tindakan itu diambil bagi mengurangkan risiko angin kencang yang boleh merosakkan peralatan elektrik dan mencetuskan kebakaran, menurut laporan media tempatan.

Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire) mengeluarkan arahan pemindahan, manakala kawasan kebakaran kini ditutup kepada orang awam.

Syerif Daerah Los Angeles, Robert Luna berkata kira-kira 18,000 penduduk berada di bawah arahan atau amaran pemindahan pada Selasa.

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa pusat perlindungan telah disediakan untuk penduduk yang terjejas.

Cal Fire turut menggesa penduduk untuk sentiasa memantau perkembangan cuaca dan kebakaran di kawasan masing-masing serta bersiap sedia untuk berpindah jika diarahkan.

Menurut laporan terkini Cal Fire, kebakaran itu masih aktif dan belum dapat dikawal sepenuhnya.

Keadaan angin dan cuaca dijangka hanya akan bertambah baik pada Rabu petang, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) AS.

Berikutan kebakaran yang berterusan serta kebimbangan keselamatan, pihak berkuasa bandar Malibu menutup semua sekolah pada Selasa, manakala lebih 60,000 pengguna di California dilaporkan terputus bekalan elektrik, menurut PowerOutage.us.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan