Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Universiti awam tidak boleh menghalang pendaftaran pelajar golongan B40 serta mereka yang tidak mampu membayar yuran kemasukan dan pengajian. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: Universiti awam tidak boleh halang pendaftaran pelajar B40

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Universiti awam tidak boleh menghalang pendaftaran pelajar golongan B40 serta mereka yang tidak mampu membayar yuran kemasukan dan pengajian.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kementeriannya sedang melaksanakan pemantauan sekiranya terdapat kes-kes sedemikian di universiti awam.

Dewan Rakyat: KPM rancang perluas kelas hibrid

“Pada September lepas saya telah meminta kepada semua pentadbir universiti awam untuk menerima masuk pelajar yang kurang berkemampuan yang mendapat tawaran kemasukan tanpa menangguhkan urusan mereka untuk mendaftar.

“Selaras dengan itu, tangguhkan juga bayaran yuran pendaftaran bagi Sesi Akademik 2024/2025. Langkah ini adalah untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir disebabkan masalah kewangan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dewan Rakyat: KPM rancang perluas kelas hibrid

Beliau menjawab pertanyaan S. Kesavan (Pakatan Harapan -Sungai Siput) mengenai pendirian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkenaan yuran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar di universiti awam yang membebankan golongan ibu bapa B40.

Tambah Zambry, universiti awam juga telah diarahkan untuk mengehadkan yuran pendaftaran pelajar pada RM1,500 mulai Januari tahun ini.

Ia selaras dengan pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) berjumlah RM1,500. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan