Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) menerusi Inisiatif Baharu yang dilaksanakan sejak Oktober 2010 telah mencatat pencapaian ketara apabila lebih 1.2 juta hektar tanah berjaya diukur secara perimeter sehingga 30 April lalu. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: RM15 juta diperuntuk sukat tanah NCR di Sarawak pada 2025

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi menyukat Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak pada tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata peruntukan di bawah kluster adat asli itu disalurkan menerusi Program Khas Bumiputera Sarawak.

Jelas beliau, kluster adat asli menerima peruntukan terbesar bagi memelihara dan melindungi tanah NCR di Sarawak menerusi Program Pengukuran Tanah Adat.

“Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan RM24.4 juta di bawah Program Khas Bumiputera Sarawak dan dipecah kepada lima kluster iaitu adat asli, pembangunan ekonomi, mahkamah adat, infrastruktur luar bandar dan pembangunan modal insan,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Pele Peter Tinggom yang ingin tahu mengenai bajet yang telah diperuntuk untuk kerja-kerja menyukat tanah NCR di Sarawak pada 2025.

Sementara itu, Zaliha menjelaskan sejumlah RM282 juta telah disalurkan kepada Kerajaan Sarawak sejak 2010 di bawah peruntukan pembangunan untuk pelaksanaan kerja-kerja pengukuran tanah NCR.

Beliau berkata secara kumulatif, pengukuran parameter bagi tanah NCR adalah sebanyak 1,179,893 hektar sehingga November 2024, manakala 114,169 pengukuran lot individu telah selesai diukur.

“Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan terus komited dan menyediakan peruntukan yang sewajarnya setiap tahun bagi kerja-kerja mengukur tanah NCR yang dianggarkan berjumlah 1.5 juta hektar,” katanya.

Zaliha berkata program yang dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak bertujuan mempercepat kerja pengukuran tanah NCR, seterusnya mengiktiraf pemilikan tanah melalui pengeluaran surat hak milik. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan