Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Negara dimaklumkan sebanyak RM114 juta diperuntuk bagi inisiatif penyumberluaran perkhidmatan kesihatan. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: RM114 juta diperuntuk bagi inisiatif penyumberluaran perkhidmatan kesihatan

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Sebanyak RM114 juta diperuntuk bagi pelaksanaan insiatif Program Penyumberanluaran Perkhidmatan Hospital (HSOP) dalam usaha mentransformasikan penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata seramai 24,734 pesakit telah dirujuk di bawah inisiatif HSOP melibatkan 46 hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara.

Jelas beliau, hasil tinjauan awal berkenaan impak masa menunggu untuk mendapatkan rawatan selepas pelaksanaan HSOP adalah positif.

Dewan Rakyat: KPM rancang perluas kelas hibrid

“Pengurangan 75 peratus masa menunggu pesakit untuk pembedahan Arterio-Venous Fistula (AVF) iaitu dari 16 minggu kepada empat minggu,” katanya di Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew mengenai cadangan pembelian perkhidmatan daripada hospital swasta, terutama di bandar dan kawasan di mana perkhidmatan pakar tidak tersedia di hospital awam.

Sementara itu, masa menunggu bagi prosedur MRI dan ultrasound berkurang sebanyak 20 peratus iaitu dari 20 minggu kepada 16 minggu, manakala masa menunggu bagi prosedur CT Scan berkurang 14 peratus iaitu dari 14 minggu kepada 12 minggu.

Dzulkefly berkata HSOP pada tahun 2024 melibatkan penyumberluaran empat jenis perkhidmatan iaitu Radiologi dan Pengimejan bagi CT Scan, MRI dan Ultrasound.

Dewan Rakyat: KPM rancang perluas kelas hibrid

Selain itu, Nefrologi (Pembedahan AVF), Pembedahan Kardiotorasik (Pembedahan Jantung Dewasa dan Pediatrik) dan Kardiologi (Penyiasatan dan Intervensi).

“Pembelian perkhidmatan daripada hospital swasta bergantung kepada keperluan perkhidmatan, jumlah peruntukan yang diteruma dan kapasiti KPJKS yang terlibat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan