Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual mempengerusikan mesyuarat penyelarasan melibatkan agensi-agensi penguatkuasaan pada 14 Disember ini. Foto fail, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Negara: Fadillah pengerusikan mesyuarat penyelarasan agensi penguatkuasaan

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual mempengerusikan mesyuarat penyelarasan melibatkan agensi-agensi penguatkuasaan pada 14 Disember ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata mesyuarat itu diadakan bagi meningkatkan serta memperkasa penguatkuasaan kawalan barangan bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Untuk Sarawak, Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, penyasaran subsidi diesel belum dilaksanakan (namun) kerajaan memutuskan agar aspek penguatkuasaan diperkasakan merentasi bukan hanya di kementerian tetapi juga agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.

“Atas sebab itu, kita telah melakukan perancangan di peringkat pegawai dan TPM II akan pengerusikan satu mesyuarat penyelarasan pada 14 Disember ini,” jelasnya.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Abun Sui Anyit yang ingin tahu tindakan kerajaan mengawal pembelian diesel dalam kapasiti yang banyak oleh pihak tertentu sehingga mendatangkan rasa was-was kepada penduduk khususnya di kawasan pedalaman Sarawak.

Sementara itu Armizan memaklumkan,  sebanyak 3,064 aduan berkaitan ketirisan barang bersubsidi seperti minyak diesel, gas memasak, minyak masak dan lain-lain telah diterima kementeriannya bagi tempoh Januari hingga 30 November 2024.

“Daripada jumlah itu, minyak masak merekodkan aduan tertinggi iaitu 1,862, gula 282 aduan, diesel 246 aduan, gas memasak LPG 173 aduan dan aduan-aduan lain termasuk petrol, tepung gandum dan telur ayam.

“Di Sarawak, sebanyak 16 tangkapan telah dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri cawangan Sarawak iaitu 10 di Kuching manakala enam di Miri,” ujarnya lanjut.

Tambahnya, jumlah tangkapan tersebut adalah sebahagian daripada 127 kes yang dicatatkan di Sarawak sepanjang tempoh sama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan