Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SKAS menyediakan bantuan berbentuk baucar digital melalui aplikasi Sarawak Pay untuk membantu golongan sasar memenuhi keperluan asas mereka.

Bantuan SKAS disalur menerusi aplikasi Sarawak Pay

KUCHING, 11 Dis: Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan dalam bentuk kredit aplikasi Sarawak Pay untuk membantu golongan sasar bagi meringankan beban.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia dapat memberi manfaat yang lebih berkesan, mempercepatkan penyampaian bantuan dan memastikan golongan yang memerlukan dapat memenuhi keperluan asas mereka dengan lebih mudah dan efisien.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada program Temu Bual Khas Pasca-Belanjawan Sarawak 2025.

“Skim ini tidak akan memberikan bantuan secara tunai, tetapi melalui akaun Sarawak Pay mereka. Kerajaan akan memasukkan kredit yang akan digunakan untuk membeli makanan yang diperlukan.

“Setiap bulan, kerajaan akan menambah kredit dalam akaun mereka yang akan dipotong apabila mereka membeli barangan keperluan asas.

“Jadi ia bermaksud bahawa RM100 hingga RM200 akan ditanggung oleh kerajaan. Mereka dapat membeli barangan keperluan seperti minyak masak, sayur, gula dan sebagainya,” katanya dalam program Temu Bual Khas Pasca-Belanjawan Sarawak 2025 terbitan TVS.

Abang Johari berkata bagi tujuan berkenaan, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM450 juta tahun depan yang memberi manfaat tidak kurang daripada 850,000 penerima.

Sebelum ini, beliau mengumumkan SKAS ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, November lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan