Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Persidangan BIMP-EAGA TVET 2024 Ke-4 di Hotel Imperial Kuching hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Abang Johari tekankan kepentingan TVET dalam era ekonomi baharu

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 11 Dis: Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan ekonomi sesebuah negara.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, TVET harus menjadi enjin utama untuk menyediakan tenaga kerja yang relevan dengan keperluan industri, sejajar dengan ekonomi baharu Sarawak yang kini memberi tumpuan kepada sektor-sektor yang mesra alam dan mampan, seperti tenaga hijau dan ekonomi digital.

“Sebab itu TVET sangat penting, di mana Sarawak ketika ini sedang mempromosikan supaya anak-anak kita mempelajari bidang yang menjurus kepada ekonomi baharu.

“Kalau tidak ia akan menyukarkan mereka untuk mencari peluang pekerjaan, di mana pekerjaan yang berteraskan kepada teknologi mampu memberikan mereka gaji yang lumayan,” kata Abang Johari ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Persidangan BIMP-EAGA TVET 2024 Ke-4 di sini, hari ini.

Abang Johari juga menekankan bahawa pendekatan baharu ini bukan sahaja melibatkan perubahan kepada teknologi dan infrastruktur, tetapi juga memerlukan transformasi dalam pembangunan bakat dan kemahiran tenaga kerja.

Menurut Abang Johari, TVET memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja yang bukan sahaja berkemahiran tinggi tetapi juga bersedia untuk menghadapi cabaran industri yang semakin kompleks.

Dalam pada itu Abang Johari percaya bahawa dengan perancangan strategik dan pelaburan dalam pendidikan serta latihan seperti TVET, Sarawak dapat terus maju sebagai wilayah yang berdaya saing di peringkat global. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan