Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Harga saham Tesla melonjak lebih lapan peratus pada Jumaat sahaja, mencapai US$321.22. Foto fail AFP

Tesla catat nilai pasaran melebihi US$1 trilion selepas Trump menang

ByBernama

NEW YORK, 10 Dis: Tesla, syarikat milik Elon Musk mencatat nilai pasaran saham melebihi US$1 trilion pada Jumaat, buat kali pertama sejak 2022, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Harga saham Tesla melonjak lebih lapan peratus pada Jumaat sahaja, mencapai US$321.22.

Sejak hari pilihan raya pada Selasa lalu, saham syarikat itu meningkat lebih 25 peratus.

Musk kini dianggarkan memiliki kekayaan melebihi US$300 bilion, menurut pengiraan majalah Forbes dengan sebahagian besar kekayaannya terdiri daripada saham Tesla.

Tesla, seperti pengeluar kenderaan elektrik lain sedang berhadapan dengan penurunan permintaan.

Dasar Trump untuk meningkatkan pengeluaran minyak dan gas asli dijangka menyukarkan lagi industri terbabit.

Bagaimanapun, penganalisis Dan Ives dari firma kewangan Wedbush Securities optimis bahawa Tesla akan mendapat pengecualian.

Selain itu, Trump dilaporkan bercadang memberi Musk peranan penting dalam pentadbiran baharunya bagi membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan