Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak. Foto Muqri Aziz (TVS)

Sebuah pusat pemindahan kekal akan dibina di SK Beradek

ByMuqri Aziz

KUCHING, 10 Dis: Sebuah bangunan pusat pemindahan kekal (PPK) bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir akan dibina di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Beradek di sini yang kini dalam proses tender terbuka.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pembinaan PPK itu akan ditanggung sepenuhnya oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Mereka (NADMA) telah memperuntukkan dana untuk membina pusat pemindahan kekal di SK Beradek.

“Saya berpandangan bahawa pembinaan PPK di sini adalah satu idea yang baik kerana kebanyakan pusat pemindahan sementara (PPS) yang kita gunakan adalah sekolah. Jika PPS digunakan semasa sesi persekolahan, ia mungkin menimbulkan masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, serta Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Dalam pada itu, Uggah yang juga Pengerusi JPBNS mencadangkan agar sebuah lagi PPK dibina di kawasan Batu Kawah memandangkan kawasan itu merupakan lokasi kerap dilanda banjir di bandar raya ini.

“Di kawasan Batu Kawah sahaja, banjir telah berlaku sebanyak tiga kali pada tahun lalu.

“Kita menyarankan pembinaan sebuah PPK di sini yang mampu menampung kira-kira 500 mangsa dengan kemudahan lengkap kerana banjir sering berlaku setiap tahun,” katanya lagi.

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memaklumkan bahawa kerajaan sedang berusaha menyediakan sembilan PPK di negeri-negeri yang berpotensi dilanda banjir.

Langkah ini bertujuan menampung kapasiti lebih besar bagi pemindahan mangsa bencana.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi NADMA, menyatakan bahawa PPK dapat mengurangkan kesesakan di PPS, khususnya di sekolah yang sering tidak mampu menampung bilangan mangsa yang ramai.

Selain SK Beradek, lapan lagi lokasi telah dikenal pasti iaitu di Sabah, Kelantan, Terengganu, Johor, Perak dan Pulau Pinang.

Semua lokasi ini kini dalam proses tender terbuka dan pembinaannya dijangka siap dalam tempoh 15 bulan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan