Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee menghadiri Bengkel Program Intervensi DLP Sarawak: Merevitalisasi Program Imersif Tinggi untuk Pemimpin Sekolah 2024. Foto TVS

DLP perlu dikaji keberkesanan

KUCHING, 10 Dis: Penilaian bagi Program Dwibahasa (DLP) yang dilaksanakan sejak enam tahun lalu di Sarawak perlu dilakukan untuk melihat tahap keberkesanan program itu.

Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, penilaian tersebut akan membantu untuk memahami kekurangan serta cabaran yang dihadapi semua pihak terlibat untuk memastikan program itu benar-benar bermanfaat kepada pelajar.

Bagaimanapun katanya, menerusi pertemuan bersama guru-guru serta pelajar mendapati respons yang menunjukkan terdapat kekeliruan dan cabaran dalam perlaksanaannya.

“Apabila saya melawat sekolah-sekolah di seluruh Sarawak, soalan pertama yang saya tanya kepada guru sekolah rendah adalah bagaimana perlaksanaan DLP anda dan responsnya adalah respons berbentuk kekeliruan sama ada mahu memberitahu perkara sebenar atau sebaliknya. Ini yang membimbangkan saya.

“Keduanya apabila saya bertanya kepada pelajar, malah ia lagi teruk mereka tidak dapat memberikan respon yang menyakinkan kepada saya.

“Jadi dalam erti kata lain sesuatu yang drastik dan komprehensif harus dilakukan untuk kita mengetahui isu sebenar perlaksaan DLP ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Bengkel Program Intervensi DLP Sarawak: Merevitalisasi Program Imersif Tinggi untuk Pemimpin Sekolah 2024 di sini pada Selasa.

Annuar berkata, semua pihak perlu berkerjasama untuk menilai keberkesanan perlaksaan program DLP yang telah dilaksanakan selama enam tahun.

Malah MEITD katanya turut mempertimbangkan untuk melaksanakan kursus asas Bahasa Inggeris Untuk Keperluan Khusus (ESP) bagi guru-guru yang terlibat mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa tersebut.

Pendekatan itu jelas beliau akan membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran selain dapat memastikan program DLP mencapai matlamat perlaksaaannya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan