Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Makan Malam Gala JKR Sarawak 2024 di Kuching, malam ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Pertemuan Abang Johari dengan Perdana Menteri bakal beri berita baik

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 10 Dis: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi gambaran bahawa pertemuan antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur pada Ahad, membuahkan hasil dan akan memberikan berita yang baik.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas lanjut terlebih dahulu mengenai perjumpaan tersebut buat masa ini.

“Saya dalam tempoh tiga hari ini, balik dari Kemboja pada waktu petang, pagi esoknya terus ke Kapit dan petangnya pula hadir ke Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Kuching dan pada malam itu juga terus ke Kuala Lumpur.

“Ada jugalah perkara yang dibincangkan, nanti anda semua dengarlah. Saya tidak dapat memberitahu di sini apa yang telah saya bincang dengan Perdana Menteri, tetapi Alhamdulillah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak 2024 di sini, malam tadi.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Aidel Lariwoo dan Pengarah JKR Sarawak, Cassidy Morris.

Pada Ahad, Abang Johari mengadakan perjumpaan dengan barisan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kuala Lumpur yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof.

Menurut Fadillah menerusi akaun Facebook rasminya, majlis perjumpaan itu mencerminkan semangat perpaduan dan komitmen demi kemajuan Sarawak yang lebih makmur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan