PUTRAJAYA, 10 Dis: Sektor perlombongan dan pengkuarianĀ mencatatkan purata gaji danĀ upah bulanan tertinggi sebanyak RM5,623 pada 2023, menurut Laporan Survei Gaji dan Upah Malaysia yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Ketua PerangkawanĀ Datuk Seri DrĀ Mohd Uzir Mahidin berkata semua sektor ekonomi pula mencatatkan peningkatan dalam purata gaji danĀ upah bulanan pada 2023 berbanding tahun sebelumnya.
“Sektor perkhidmatan berada di tangga kedua dengan sebanyak RM3,619, yang disumbangkan oleh subsektor pendidikan, maklumat danĀ komunikasi serta aktiviti kesihatan manusia dan kerja sosial.
“Seterusnya sektor pembuatan dengan purata RM3,052, manakala sektor pembinaan dan pertanian masing-masing mencatatkan purata gaji danĀ upah bulanan sebanyak RM2,903 dan RM2,204,ā katanya dalam kenyataan hari ini.
Laporan Survei Gaji danĀ Upah 2023 menunjukkan perkembangan positif dalam bilangan penerima dan tahap gaji danĀ upah.
Penengah gaji danĀ upah bulanan bagi warganegara Malaysia meningkat kepada RM2,602, mencerminkan pertumbuhan yang stabil daripada RM2,429 pada 2022.
Begitu juga, purata gaji danĀ upah bulanan meningkat kepada RM3,441 berbanding RM3,219 yang dicatatkan pada 2022.
Mohd Uzir berkata purata gaji dan upah bulanan bagi pekerja mahir meningkat sebanyak 7.5 peratus, mencatatkan peningkatan RM364 kepada RM5,242 (2022: RM4,878).
“Dalam kalangan pekerja mahir, kategori pengurus kekal merekodkan purata gaji dan upah bulanan tertinggi sebanyak RM6,640, meningkat sebanyak 5.1 peratus berbanding RM6,319 pada 2022 dan diikuti oleh profesional (RM6,139) sertaĀ juruteknik danĀ profesional bersekutu (RM3,854),” katanya.
Mengenai gaji danĀ upah bulanan mengikut strata, beliau berkata purata gaji danĀ upah bulanan bagi kawasan bandar dan luar bandar mencatatkan trend peningkatan berbanding 2022Ā kepada RM3,580 bagi kawasan bandar dan RM2,608 bagi kawasan luar bandar.
Merumuskan situasi keseluruhan bagi 2023, Mohd Uzir berkata peningkatan dalam penengah dan purata gaji dan upah bulanan itu disumbangkan oleh aktiviti ekonomi dan sosial yang berterusan, didorong oleh peningkatan ketibaan pelancong, pemulihan perdagangan antarabangsa serta kedudukan pasaran buruh yang lebih baik, terutamaĀ dalam sektor perkhidmatan.
Statistik berkenaanĀ dikumpul berdasarkan Survei Gaji danĀ Upah yang dijalankan oleh DOSM melalui pendekatan isi rumah untuk mengukur gaji danĀ upah bulanan yang diterima oleh pekerja sepenuh masa dalam kalangan warganegara Malaysia yang bekerja di sektor awam dan swasta berdasarkan pekerjaan utama mereka.