Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi penguatkuasaan bersepadu rabies yang telah diadakan pada 29 April hingga 3 Mei lepas melalui projek rintis akan diperluas di kawasan-kawasan berisiko tinggi wabak itu. Foto hiasan Envato

Operasi penguatkuasaan bersepadu rabies diperluas ke kawasan berisiko tinggi

ByMuqri Aziz

KUCHING, 10 Dis: Operasi penguatkuasaan bersepadu rabies yang telah diadakan pada 29 April hingga 3 Mei lepas melalui projek rintis akan diperluas di kawasan-kawasan berisiko tinggi wabak itu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata projek rintis yang dijalankan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bersama agensi-agensi berkaitan telah berjaya mencapai objektifnya.

“Kita dimaklumkan bahawa projek operasi rintis penguatkuasaan bersepadu rabies berjaya.

“Sehubungan itu, kita akan meneruskan projek berkenaan dengan menambah beberapa kawasan yang berpotensi berlakunya wabak Rabies,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat JPBNS di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, serta Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Projek rintis itu menurutnya telah diadakan di Kuching yang merupakan kawasan berisiko paling tinggi bagi wabak berkenaan.

Sebelum ini, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) melaporkan bahawa Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik berkata usaha memerangi wabak Rabies di Sarawak perlu diberi perhatian bagi mencapai sasaran sifar Rabies menjelang 2030.

Buckland yang juga Timbalan Pengerusi JPBNS itu turut berkata operasi rintis itu akan menjadi penanda aras kepada operasi-operasi bersepadu yang dijangka diadakan di seluruh daerah Sarawak pada masa yang akan datang.

Operasi penguatkuasaan itu dilakukan bagi mengenalpasti anjing peliharaan yang belum mendapatkan vaksin dan lesen. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan