Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi melawat Rumah Dennis Langok Amang Ulu, Jalan Selirik, Kapit pada Selasa.

Nanta umum bantuan kewangan kepada mangsa banjir Rumah Dennis di Kapit

ByWilly Jali

KAPIT, 10 Dis: Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengumumkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir Rumah Dennis Langok Amang Ulu, Jalan Selirik di sini yang dilanda banjir pada November lepas.

Bantuan RM1,000 kepada 20 keluarga terjejas yang duduk di bahagian bawah rumah panjang ini dan RM500 untuk 43 lagi penduduk di sini yang turut terkesan kerana bencana alam ini.

“Selain itu, selepas mengadakan perbincangan dengan ketua rumah Rumah Dennis, saya juga bersetuju untuk menampung kos menyimen semula halaman rumah panjang yang telah rosak serta memberi sumbangan satu bot untuk digunakan pada waktu kecemasan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berharap sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir di Rumah Dennis selain bantuan daripada kerajaan Sarawak di bawah Program Bencana Alam Negeri yang mungkin atau sudah diterima oleh mereka.

Bantuan itu diumumkannya selepas mengadakan tinjauan di Rumah Dennis, hari ini.

Dalam kejadian pada 27 November lalu, Rumah Dennis dinaiki air seawal jam 6 pagi dan telah menenggelamkan hampir semua kenderaan di kawasan rumah panjang berkenaan.

Ia telah menyebabkan kerugian kira-kira RM200,000 yang melibatkan kerosakan harta benda.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan