Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan dalam sebuah bagasi di tepi jalan di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, hari ini.

Mayat lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan dalam bagasi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan dalam sebuah bagasi di tepi jalan di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 11.45 pagi berhubung penemuan sebuah bagasi yang berbau busuk di tepi jalan berhampiran kawasan perumahan tersebut.

“Sepasukan polis telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama pasukan Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9). Sebuah bagasi berwarna biru ditemui di lokasi, mengandungi mayat seorang lelaki tanpa sebarang pengenalan diri.

“Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat yang dijangka dijalankan esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat ASP Umesh Ratna Kumar di talian 012-6114900.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan