Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia berjaya merekodkan jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bernilai RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Malaysia rekod pelaburan RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Malaysia berjaya merekodkan jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bernilai RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini merupakan peningkatan sebanyak 10.7 peratus berbanding RM230.2 bilion bagi tempoh yang sama pada 2023.

Beliau berkata nilai ini melibatkan 4,753 projek yang dijangka menjana sejumlah 159,347 peluang pekerjaan baharu.

“Perkara itu dimaklumkan sewaktu saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 8 Tahun 2024 terkait soal prestasi pelaburan,” kata beliau menerusi hantaran di laman X hari ini.

Perdana Menteri berkata MPN juga bersetuju dan mengesahkan Garis Panduan bagi Pembangunan Pusat Data Mampan yang mengandungi metrik kecekapan Keberkesanan Penggunaan Tenaga (PUE) dan Keberkesanan Penggunaan Air (WUE).

Menurut beliau, garis panduan ini akan diguna pakai sebagai syarat kelayakan insentif cukai di bawah Skim Pecutan Ekosistem Digital (DESAC) yang merupakan inisiatif penambahbaikan polisi terkait usaha memacu pelaburan pusat data.

“Kerajaan MADANI berterusan menambah baik dasar sedia ada dan mewujudkan dasar baharu sebagai langkah meningkatkan daya saing negara,” kata Anwar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan