Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pekerja pembinaan kelihatan sedang bekerja di Stadium Marrakesh, Maghribi pada 5 Disember 2024 menjelang Piala Negara-Negara Afrika 2025 dan sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menaik taraf beberapa stadium sebagai persediaan untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2030. Foto AFP

Maghribi bersedia untuk Piala Dunia 2030 bersama Sepanyol dan Portugal

ByAFP

RABAT, 10 Dis: Selepas berdekad lamanya mencuba tanpa kejayaan, Maghribi akhirnya sekali lagi cuba menggapai impian lamanya untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Bola Sepak 2030 bersama Sepanyol dan Portugal.

Negara Afrika Utara ini berharap dengan penganjuran temasya bola sepak itu berupaya meningkatkan imej antarabangsa dan ekonominya.

FIFA dijangka secara rasmi mengesahkan pencalonan trio ini pada Rabu, dengan Argentina, Uruguay dan Paraguay turut menjadi tuan rumah satu perlawanan masing-masing untuk memperingati ulang tahun ke-100 Piala Dunia pertama yang diadakan di Amerika Selatan.

Maghribi telah mengambil masa lebih 40 tahun sejak menjadi negara Afrika pertama pada 1987 yang membuat bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia dengan harapan menjadi tuan rumah edisi 1994.

Rabat telah membuat lima bidaan yang gagal, termasuk untuk tahun 2026 dan juga 2010, apabila kalah tipis kepada Afrika Selatan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia pertama di benua Afrika.

“Ini adalah peluang unik untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara, mencipta pekerjaan dan meningkatkan pelancongan negara,” kata Fouzi Lekjaa, ketua Jawatankuasa Piala Dunia 2030 Maghribi.

Bercakap selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Raja Mohammed VI, Lekjaa menekankan potensi transformasi menjadi tuan rumah acara sukan terbesar dunia ini.

Kerajaan Maghribi telah mendedahkan rancangan bercita-cita tinggi untuk memodenkan infrastruktur di enam bandar tuan rumah – Rabat, Casablanca, Fes, Tangier, Marrakesh dan Agadir.

Ini termasuk memperluaskan lapangan terbang, jalan raya, dan rangkaian pengangkutan, serta meningkatkan perkhidmatan hotel dan komersial, menurut satu kenyataan rasmi.

Enam stadium di bandar-bandar tuan rumah sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian, tambah kenyataan itu.

Selain itu, sebuah stadium baharu berkapasiti 115,000 tempat duduk berhampiran Casablanca, yang menelan kos 480 juta euro ($507 juta), juga sedang dirancang. Stadium canggih ini dijangka menjadi lokasi perlawanan akhir.

“Projek-projek ini akan meninggalkan warisan yang berkekalan untuk generasi akan datang,” kata Moncef El Yazghi, seorang penyelidik yang pakar dalam dasar sukan.

Minat Maghribi untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia bermula sejak prestasi cemerlangnya di kejohanan 1986 di Mexico yakni ia menjadi negara Afrika dan Arab pertama yang mencapai pusingan kalah mati.

Kejayaan itu mencetuskan idea untuk menggunakan bola sepak sebagai platform untuk meningkatkan reputasi negara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan