Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gobind Singh Deo hadir pada Sidang Kemuncak AI dan Microsoft Cloud di ibu negara hari ini. Foto TVS

Kementerian Digital seru penglibatan pemain industri tarik minat masyarakat dalam penggunaan teknologi

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Kementerian Digital mencari pendekatan terbaik dalam meningkatkan penerimaan orang ramai terhadap penggunaan teknologi terkini yang disifatkan berada pada tahap belum memuaskan.

Menterinya, Gobind Singh Deo mengakui terdapat banyak perbincangan terhadap teknologi baharu muncul, namun menegaskan persoalan mengenai berapa banyak yang diterima pakai terus menjadi tanda tanya.

“Perbualan (mengenai teknologi terkini) ada, tetapi bagi penggunaan sebenar, kami dapati wujud masalah. Kita perlu mencari cara untuk menggalakkan orang ramai mengguna pakai teknologi dan melaksanakannya dengan jayanya.

“Inisiatif ini perlu dilakukan bukan sahaja oleh kerajaan tetapi industri juga. Hanya selepas itu kita akan mula melihat kemajuan dengan sekiranya ia dicapai, kita akan melihat perubahan dengan lebih pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Kemuncak AI dan Microsoft Cloud di sebuah hotel di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Gobind berkata, pihaknya sedang giat menarik penyertaan industri untuk melibatkan diri secara langsung dalam inisiatif itu sekali gus membantu menggalakkan penggunaan teknologi semasa dalam kalangan masyarakat.

“Kami telah merangka dasar untuk sektor yang memerlukan perhatian segera, untuk mengutamakan bidang ini dan memastikan mereka mempunyai infrastruktur yang diperlukan bagi menerima pakai teknologi digital. Kami juga bercadang memberi insentif kepada mereka untuk terus bergerak maju.

“Sekiranya, semua pihak mengambil bahagian dalam pelaksanaan inisiatif ini, saya yakin kita akan bergerak ke arah keperluan ekonomi digital negara dengan lebih baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai sidang kemuncak itu, Gobind berkata Inisiatif ‘AI for Malaysia’s Future’ menyasarkan 800,000 rakyat Malaysia dilengkapi dengan kemahiran AI menjelang akhir 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan