Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Makan Malam Gala JKR Sarawak 2024, di Kuching, malam tadi. Foto Zaim Zharfan (TVS)

JKR Sarawak tingkat kecekapan, boleh memohon projek Persekutuan lebih RM100 juta – Uggah

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 10 Dis: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak disaran untuk mempertingkatkan kapasiti kecekapan bagi pelaksanaan projek-projek infrastruktur Persekutuan di bawah seliaan pihak berkenaan di wilayah ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, melalui usaha tersebut akan membolehkan Sarawak untuk memohon meningkatkan had nilai pelaksanaan tadbir urus secara sendiri bagi projek pembangunan Persekutuan berjumlah RM50 juta kepada RM100 juta atau lebih.

“Itulah sebabnya, amat penting bagi kita untuk menyiapkan projek bernilai RM50 juta dan ke bawah ini tepat pada waktunya, agar Premier kita akan dapat memperjuangkan usaha untuk kita untuk melaksanakan kesemua projek lain yang melebihi RM50 juta dapat dilaksanakan oleh Sarawak sendiri.

“Dengan cara itu, kita dapat mengawal semua projek dengan lebih baik, pastinya ia tidak akan mengambil masa yang lama kerana saya sangat yakin bahawa kita akan dapat melaksanakan tugas-tugas tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala JKR Sarawak 2024 di sini, malam tadi.

Menurut Uggah, sehingga Oktober tahun ini, JKR telah melaksanakan sebanyak 146 projek infrastruktur yang bernilai RM2.26 bilion.

“Kami (JKR) juga diamanahkan untuk membina Lebuhraya Pan Borneo, Lebuhraya Pan Borneo jajaran redline, Lebuh Raya Trans Borneo, Sarawak-Sabah Link Road (SSLR), jalan luar bandar dan jambatan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta jalan pembalakan yang terbiar,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan