Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib. Foto fail Bernama

Hanifah optimis terajui agenda PBB Sarawak di Kota Sentosa

ByMuqri Aziz

KUCHING, 10 Dis: Pelantikan Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib sebagai Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kota Sentosa membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh perpaduan dan pembangunan politik Sarawak terutama di kawasan berkenaan.

Hanifah optimis memperjuangkan agenda PBB Sarawak demi kepentingan dan sejahteraan wilayah sebagai perancangannya untuk menerajui Kota Sentosa selama tiga tahun mendatang.

“Saya berharap semua ahli akan terus berganding bahu untuk memperkukuh kekuatan parti dan mengekalkan kestabilan politik.

“Langkah ini penting untuk merealisasikan visi Sarawak Maju Makmur menjelang 2030,” katanya.

Timbalan Menteri Ekonomi itu berkata demikian ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Dalam era transformasi global, beliau mahu mengangkat agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) sebagai salah satu keutamaan dengan fokus kepada usaha memperkasakan ekonomi hijau.

“Kita bersyukur kerana Sarawak direstui dengan kekayaan sumber alam semula jadi, keharmonian agama dan budaya, serta kestabilan ekonomi dan politik.

“Faktor-faktor ini memudahkan perjuangan ke arah pembangunan yang lebih tinggi, bukan sahaja untuk Sarawak tetapi juga Malaysia dan peringkat antarabangsa,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, atas kepercayaan yang diberikan untuk menerajui cawangan parti itu bagi meluaskan pengaruhnya di kalangan masyarakat Kota Sentosa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan