Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anak kelahiran Sarawak, Franklin Lingga, mencipta sejarah sebagai perintis dalam penyelesaian pemampatan data dimensi tinggi melalui kolaborasi bersama Universiti Helsinki, Finland.

Franklin, anak Sarawak pelopori inovasi pemampatan data AI bersama Universiti Helsinki

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

HELSINKI, 10 Dis: Anak kelahiran Sarawak, Franklin Lingga melakar sejarah sebagai perintis dalam penyelesaian pemampatan data dimensi tinggi melalui kolaboratif bersama Universiti Helsinki, Finland.

Penemuan ini memperkenalkan pendekatan baharu itu bertujuan untuk mengawal penyelewengan data melalui pemetaan kuasiregular, suatu inovasi yang berpotensi mengatasi cabaran teknikal dalam pengurusan data berskala besar.

Menurut Franklin, inovasi berkenaan menggabungkan teori fungsi geometri dengan kaedah analisis adaptif, yang kini sedang diuji aplikasinya melalui TIZA AI, sebuah syarikat permulaan yang diasaskannya.

“Melalui pembangunan di TIZA AI, pasukan kami sedang membangunkan prototaip untuk mengesahkan aplikasi teori ini dalam skala industri.

“Fokus kami termasuk pemampatan data dan pemprosesan kecerdasan buatan dengan matlamat meningkatkan kecekapan tanpa menjejaskan integriti data,” jelas Franklin dalam satu kenyataan.

Beliau menambah bahawa inovasi ini bukan sahaja memberi sumbangan besar kepada dunia kecerdasan buatan (AI) tetapi juga kepada pelbagai sektor teknologi lain.

Antara manfaat utama penemuan ini termasuk keupayaan untuk mengoptimumkan penyimpanan dan pemprosesan data besar tanpa menjejaskan ciri-ciri pentingnya.

“Penemuan ini turut menyokong pembangunan teknologi penyimpanan tenaga, termasuk bateri dan hidrogen, melalui analisis data yang lebih cekap,” ujar Franklin.

“Dalam pembelajaran mesin, penemuan ini memastikan integriti data yang digunakan dalam model pembelajaran, sekali gus memperbaiki ketepatan dan prestasi.

“Ia juga memberi impak kepada aplikasi saintifik seperti penyelidikan genomik dan astrofizik, dengan menawarkan analisis data kompleks yang lebih pantas dan tepat,” tambahnya.

Kenyataan itu turut mendedahkan bahawa Franklin kini terlibat dalam projek penyelidikan teknologi penyimpanan tenaga di Munich, Jerman, yang menunjukkan kebolehannya merentas pelbagai disiplin teknologi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan