Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Usaha memindahkan mangsa kapal karam di perairan Sepudi, Situbondo, Jawa Timur. Foto Pihak Berkuasa Pelabuhan Panarukan

Dua orang maut dalam insiden kapal karam di Jawa Timur

ByTVS

JAKARTA , 10 Dis: Sekurang-kurangnya dua maut dalam insiden kapal karam di perairan Sepudi, Situbondo, Jawa Timur seleepas kapal Fajar Lorena berlepas dari Pelabuhan Sepudi ke Pelabuhan Kalbut.

Setakat semalam, 57 orang dilaporkan selamat dalam kejadian Fajar Lorena yang membawa 61 penumpang manakala seorang cedera parah dan seorang lagi masih hilang.

Ketua Lembaga Pelabuhan Panarukan Herland Aprilyanto berkata kapal itu karam akibat kerosakan pada papan belakang yang dipukul ombak besar.

“Selepas menerima maklumat, pihak kami segera menyelaraskan langkah-langkah tindak balas kecemasan dengan pelbagai agensi berkaitan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat,” katanya.

Beliau turut menyebut usaha memindahkan mangsa dibantu bot nelayan dan bot milik beberapa agensi yang dikerahkan ke lokasi kejadian.

Tambahnya, kesemua mangsa yang terselamat kini telah menerima pemeriksaan perubatan dan pengumpulan data di pelabuhan.

Sementara itu, usaha mencari mangsa yang hilang akan diteruskan hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan