Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat diberitahu Kementerian Kerja Raya (KKR) memberi tumpuan untuk meningkatkan pembangunan jalan menuju ke ICQS di seluruh Sarawak. Foto fail, Bernama.

Dewan Rakyat: Kerajaan tumpu tingkatkan pembangunan jalan ke ICQS di seluruh Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Kementerian Kerja Raya (KKR) memberi tumpuan untuk meningkatkan pembangunan jalan menuju ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di seluruh Sarawak.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini meliputi akses yang lebih baik ke ICQS di Ba’kelalan, Lawas; Biawak, Lundu; Sungai Tujoh, Kuala Baram, Miri; Tebedu, Serian dan Bukit Mabong, Kapit.

“Pada masa hadapan, menerusi Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya (HNDP) 2040 di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (WP Labuan) kita akan kemas kini secara berkala supaya pembangunan projek jalan baharu dan projek naik taraf jalan sedia ada sesuai untuk dilaksanakan,” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Dewan Negara: PETRA nilai keperluan panjangkan kawasan projek pengindahan Sungai Melaka

Beliau menjawab soalan tambahan Roy Angau Gingkoi (Gabungan Parti Sarawak – Lubok Antu) mengenai pembangunan jalan sempadan paralel yang menghubung pos keselamatan dengan pekan-pekan kecil di sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia memandangkan negara jiran telah membina jalan sedemikian sepanjang 608 kilometer (km) dalam kawasan mereka.

Sementara itu ketika menjawab soalan asal mengenai status terkini kajian (HNDP 2040) untuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan, Ahmad memaklumkan KKR memberi tumpuan terhadap pembangunan jalan persekutuan, jalan utama negeri serta lebuh raya.

Dewan Negara: PETRA nilai keperluan panjangkan kawasan projek pengindahan Sungai Melaka

Jelas beliau setakat ini pembangunan jalan baharu di sepanjang sempadan Sarawak dan Sabah dengan Indonesia tidak menjadi keutamaan.

“Pembangunan ekonomi kekal sebagai agenda utama Kajian HNDP 2040 dalam merancang rangkaian jalan raya (dengan) rangkaian di Sarawak kelak akan memainkan peranan penting dalam mengurangkan kos pengangkutan, memudahkan pengeluar luar bandar untuk mengakses pasaran yang lebih besar, dan seterusnya meningkatkan jualan serta pendapatan petani dan perniagaan tempatan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan