Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung dalam kejadian menyayat hati di Kampung Perigi Hang Tuah. Foto hiasan Envato

Bayi dipercayai lemas dalam selimut, tiada unsur jenayah ditemukan

ByBernama

MELAKA, 10 Dis: Siasatan awal polis mendapati tiada unsur penderaan berlaku ke atas bayi lelaki berusia enam bulan yang ditemui meninggal dunia dengan mukanya dilitupi selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau, Jasin semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi ketika dihubungi berkata pemeriksaan fizikal ke atas mayat bayi tersebut tidak menunjukkan sebarang unsur perbuatan jenayah.

“Kita masih lagi menunggu laporan makmal hasil bedah siasat yang dijalankan manakala sebarang permohonan reman (ke atas pengasuh) pula bergantung kepada hasil laporan bedah siasat dan kimia,” katanya.

Bernama pada semalam melaporkan bayi berkenaan Harraz Noah Nazrul Nizam disedari oleh pengasuhnya dalam keadaan terlentang tidak sedarkan diri dengan sehelai selimut menutupi muka, dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi.

Bayi tunggal kepada pasangan Nazrul Nizam Mohd Tahar, 29, dan Ainol Izzah Raslan, 25, itu sebelum kejadian, diberikan susu dan disendawakan oleh pengasuhnya dan kemudiannya ditidurkan di atas tilam.

Pangasuhnya kemudian menghubungi Ainol Izzah lalu membawanya ke Klinik Kesihatan Merlimau sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan dimaklumkan doktor mangsa sudah meninggal dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan