Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga penghuni menjadi wira selepas berjaya menyelamatkan Rumah Panjang Tuai Rumah Alat Mukan Bukit Finding, Jalan Selangau-Mukah terbakar malam tadi. Foto JBPM

Tiga penduduk selamatkan rumah panjang daripada terbakar

SELANGAU, 9 Dis: Tiga penghuni menjadi wira selepas berjaya menyelamatkan Rumah Panjang Tuai Rumah Alat Mukan Bukit Finding, Jalan Selangau-Mukah di sini terbakar malam tadi.

Komander Operasi, Chuma Jadam berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 7.16 malam dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati telah berlaku kebakaran melibatkan siling, dinding dan sofa di ruang tamu bahagian tengah rumah.

“Kebakaran tersebut telah dipadamkan oleh tiga penduduk rumah panjang menggunakan tiga unit alat pemadam api sebelum merebak,” katanya dalam kenyataan lain.

Katanya, pihak bomba membuat saiz up menggunakan konsep RECEO dan mengarahkan anggota membentang satu aliran 200 kaki satu nozel air jentera bomba untuk memadam sisa kebakaran berada di dalam siling.

“Setelah kebakaran tersebut padam sepenuhnya serta keadaan selamat pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan