Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Snowdan merakam gambar kenangan bersama semua adiguru Kuntau yang hadir menyertai pertandingan. Foto TVS

RM10 juta bantu penggiat seni bangunkan program budaya asal

SERIAN, 9 Dis: Kerajaan Sarawak memperuntukkan dana berjumlah RM10 juta bagi memperkasa dan membantu penggiat seni di Sarawak dalam membangunkan program atau aktiviti yang mencerminkan kebudayaan asal penduduk di wilayah ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan berkata, Sarawak mempunyai 34 suku kaum etnik dan sebahagian suku kaum tidak diketahui mengenai ciri budayanya.

Sehubungan itu menurutnya, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan akan turun padang mempromosi mengenai dana tersebut agar seni serta budaya semua kaum terpelihara.

“Kita perlu turun padang ke seluruh pelusuk Sarawak untuk berjumpa dengan suku kaum ini dan berbincang mengenai budaya dan tradisi mereka.

“Kita akan tanya, sekiranya mereka mahu meneruskan legasi dan warisan, mereka boleh memohon dana.

“Contohnya jika mereka ingin mengajar anak muda untuk belajar tarian suku kaum, mereka boleh gunakan peruntukan untuk mengajar, ” katanya.

Snowdan berkata demikian selepas Pertandingan Kuntau Sarawak 2024 yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Balai Ringin pada Ahad.

Pada masa sama menurutnya, program kebudayaan masyarakat Dayak iaitu berpantun akan dipopularkan pada masa akan datang.

“Kalau boleh pada masa hadapan, kita ingin mengadakan pertandingan berpantun.

“Berpantun ini banyak. Kalau dari segi Orang Dayak, Orang Iban, berpantun ini bersanggai dan berjawai, antara yang kita boleh buat pada masa hadapan,” ujarnya.

Hadir sama Presiden Persatuan Kuntau Iban Sarawak (SIKAR) Basil Laman Amen. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan