Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Bernama

PM Anwar serah sumbangan kepada 50 KIR terkesan banjir di Tangkak

ByBernama

TANGKAK, 9 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan kepada 50 ketua isi rumah (KIR) terkesan banjir di Tangkak di sini hari ini.

Sumbangan disampaikan menerusi Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Perdana Menteri M. Shanmugam di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Penghulu Long.

Shanmugam ketika ditemui pemberita berkata bantuan dihulurkan Perdana Menteri bertujuan meringankan beban ditanggung mangsa banjir yang terkesan dengan bencana itu.

“Kita bantu mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama atau bangsa selaras dengan konsep Malaysia MADANI.

“Kita akan teruskan usaha begini di semua tempat terkesan banjir dengan kerjasama daripada agensi kerajaan Persekutuan dan negeri,” katanya sambil menambah bantuan diberikan berupa kit makanan dan selimut.

Hadir sama, Pentadbir Tanah Daerah Tangkak Ab Rahman Mohamed@Ismail dan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Lt Jen (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal.

Sumbangan pada hari ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan SKM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan