Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin memotong kek bersempena ulang tahun MOTS ke-5. Foto Vanessa Enjop (TVS)

MOTS pacu sektor pengangkutan ke puncak baharu

ByVanessa Enjop

MIRI, 9 Dis: Sambutan ulang tahun kelima penubuhan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) disambut meriah dengan sorotan pencapaian cemerlang yang telah dicapai sejak 2019.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, visi kementerian untuk membangunkan sistem pengangkutan yang bertaraf dunia dan mampan, sekali gus memacu ekonomi negeri dan meningkatkan kesalinghubungan bagi semua lapisan masyarakat.

“Sejak penubuhan, kami komited untuk mencipta sistem pengangkutan yang bukan sahaja bersepadu tetapi juga menyokong pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Sarawak.

“Kami berhasrat menjadikan sistem pengangkutan Sarawak sebagai pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi, kesalinghubungan dan kesejahteraan sosial. Lima tahun ini hanyalah permulaan,” katanya.

Kim Shin turut menekankan usaha MOTS dalam membangunkan tenaga kerja mahir melalui kerjasama dengan institusi pendidikan seperti Swinburne University dan Curtin University Malaysia.

“Kita sedang melatih generasi baharu untuk memastikan mereka bersedia menghadapi cabaran industri penerbangan dan aeroangkasa.

“Sebagai sebuah negeri, kita akan terus bergerak ke hadapan dengan inovasi dan kerjasama erat. Sarawak akan terus melonjak ke puncak kecemerlangan,” tambahnya.

Sambutan ulang tahun ini bukan sahaja satu refleksi tetapi juga satu tekad baharu untuk mengukuhkan peranan Sarawak sebagai hab pengangkutan serantau yang mampan dan inovatif, sejajar dengan matlamat pembangunan negeri menjelang 2030.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan