Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin bergambar kenangan bersama-sama pemenang keseluruhan Pertandingan Bomba Komuniti dari Kampung Muhibbah-Skuad Uniti. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

Latihan melalui pertandingan cara efektif kongsi ilmu kepada komuniti

BySalasiah Safian

MIRI, 9 Dis: Latihan melalui pertandingan merupakan cara yang efektif untuk pihak bomba berkongsi ilmu kepada komuniti, kata Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata, cara tersebut dilihat dapat menarik minat masyarakat berbanding latihan yang diberikan secara formal.

“Kalau kita minta orang kampung datang menyertai latihan, mereka tidak berapa minat. Kalau kita kata ada pertandingan, memang ramai yang datang. Kalau pertandingan ada semangat kerana apabila kita sebut pertandingan barulah mereka datang, mereka belajar bersungguh-sungguh.

“Lain kalau buat pertandingan, mereka akan lebih serius. Kenapa? Kita mahu menang, kita mahu dengar macam-mana cara yang betul. Inilah cara latihan yang efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pasukan Bomba Komuniti Dun N.75 Senadin di sini, hari ini.

Tambah beliau, program sedemikian julung kali diadakan khas untuk masyarakat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin.

Katanya lagi, dengan adanya program seperti ini masyarakat setempat akan mendapat ilmu untuk mencegah kebakaran pada peringkat awal sementara menunggu ketibaan pihak bomba.

“Jadi saya juga ada satu cadangan di sini. Saya mintak pihak bomba, kalau boleh Kampung Masjid, saya dulu pernah minta hos (fire hose). Kita bagi beberapa hos di kampung dan kita buka pili bomba. Kita ajar mereka menggunakannya.

“Sebelum bomba sampai ada kebakaran, orang kampung yang sudah ada latihan, bomba sukarela mereka terus bantu padam dulu sebelum bomba datang. Dengan cara itu kita dengan cepat barulah kita boleh selamatkan harta benda.

“Kalau tunggu sampai bomba sampai, sekurang-kurangnya setengah jam. Kalau setengah jam rumah kayu itu hangus terbakar. Mungkin peralatan tersebut boleh simpan di satu tempat seperti di balai raya dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bertanggungjawab simpan,” ujarnya lagi.

Program ini disertai oleh 10 pasukan dari beberapa kampung dan rumah panjang di sekitar kawasan N.75 Senadin seperti Kampung Muhibah Kuala Baram, Kampung Sealine Atas, Kampung Senadin Jaya, Kampung Batu Satu Kuala Baram, Kampung Pengkalan Lutong, Kampung Tudan Fasa 2A, Kampung Tudan Fasa 4&5, Kampung Masjid Kuala Baram, Rumah Bangau, Kuala Baram dan Tudan Desaras Fasa 6. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan