KOTA SAMARAHAN 9 Dis: Projek kajian penghasilan peptida daripada pelbagai jenis katak membawa kejayaan kepada pasukan penyelidik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerusi kemenangan salah satu anugerah pada Pameran Reka Cipta Antarabangsa Seoul 2024 (SIIF2024) di Korea Selatan baru-baru ini.
Penyelidiknya Profesor Madya Dr. Muna Sabri berkata, kajian yang dilakukan selama dua tahun itu berjaya menghasilkan rembesan peptida yang mempunyai potensi tinggi dalam sektor perubatan dan farmasutikal.
“Rembesan peptida dari kulit katak yang kita sampelkan sendiri di Sarawak ini manakala katak yang berada di negara lain akan menghasilkan peptida berlainan.
“Hasil kajian kami mendapati peptida ini selepas ditulenkan menunjukkan ia mampu menjadi agen anti mikrobia yang boleh bertindak ke atas bakteria, fungus dan virus.
“Malah ia juga boleh bertindak sebagai agensi anti imflamasi selain sebagai bahan menstimulasikan penghasilan insulin dalam pankreas,” katanya ketika ditemui TVS di UNIMAS.
Menurut Dr. Muna, penghasilan bahan stimulasi dari inovasi tersebut berpotensi besar untuk dikembangkan sebagai bahan bemanfaat untuk merawat pesakit kencing manis kronik.
Inovasi oleh Dr. Muna itu yang berkonsepkan rahsia alam dan menangani penyakit kencing manis Mellitus menenangi Pingat Perak dan Anugerah Inovasi Antarabangsa terbaik dari Lembaga Penyelidikan Kebangsaan Thailand. -TVS