Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS Profesor Dr Siti Noor Linda Taib. Foto TVS

Inovasi penyelidik UNIMAS dapat pengiktirafan antarabangsa

KOTA SAMARAHAN, 9 Dis: Komitmen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) terhadap kecemerlangan penyelidikan dan inovasi terus diperkukuh di persada global selepas memenangi lapan anugerah pada Pameran Reka Cipta Antarabangsa Seoul 2024 (SIIF2024) berlangsung dari 27 hingga 30 November lepas.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Profesor Dr Siti Noor Linda Taib berkata, inovasi yang diiktiraf itu merupakan hasil penyelidik tempatan Sarawak yang mengetengahkan sumber tempatan untuk diangkat ke peringkat global.

“Perkara ini mungkin tidak dilihat secara terperinci dan mempunyai potensi tinggi. Tapi kita mampu melihat seterusnya mengangkat potensi tersebut ke peringkat global.

“Kita berharap ia (hasil kajian dan inovasi) dapat dikembangkan. Ini kerana Sarawak kini melihat kepada keperluan menghasilkan tenaga diperbaharui untuk kemampanan dan alam sekitar.

“Jadi, di situlah kita boleh menyumbang kepada kemampanan ekonomi negeri dan membantu masyarakat setempat,” katanya kepada TVS pada Isnin.

Pada SIIF2024, penyelidik UNIMAS membawa pulang lima anugerah khas dan masing-masing satu pingat emas, perak dan gangsa daripada empat projek penyelidikan inovatif.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan