Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gereja Katolik St Peter di Padungan, Kuching dijangka dibuka secara rasmi pada Jun 2025. Foto Faitullah Morni (TVS)

Gereja Katolik St Peter antara lambang keharmonian hubungan masyarakat di Sarawak

KUCHING, 9 Dis: Bangunan Gereja Katolik St Peter di Padungan di sini yang indah tersergam melambangkan hubungan sosial erat penduduk kaum dan agama di Sarawak.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata gereja ini dan rumah-rumah ibadat lain di bandar raya ini menyerlahkan perpaduan di wilayah ini.

Dato Sri Stephen Rundi Utom ketika mengadakan lawatan ke Gereja Katolik St Peter Padungan, Kuching, hari ini. Foto UKAS

“Ini akan menjadi kebanggaan simbol keharmonian, perpaduan dan juga toleransi agama kita di Sarawak dan pada pandangan saya, masih tiada tandingannya di mana-mana negeri dalam Malaysia.

“Ini merupakan langkah kita dalam menuju ke arah kemajuan Sarawak yang lebih cerah pada masa hadapan, dengan keharmonian rakyatnya yang hidup dalam keadaan selesa dan diberkati oleh Tuhan dan saya berharap perkara ini dapat dikekalkan selamanya,” katanya.

Beliau dipetik berkata demikian menerusi laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) ketika  mengadakan lawatan ke Gereja Katolik St Peter, hari ini.

Dalam pada itu, Catholic Archbishop, Dato Dr Simon Poh memberitahu, kewujudan rumah-rumah ibadat pelbagai agama di Kuching yang tidak jauh antara satu sama lain membuktikan bahawa penduduk berbilang agama saling menghormati dan menerima antara mereka.

“Ini akan menjadikan bandar raya yang harmoni dan perpaduan yang menyerlahkan lagi rasa hormat dan penerimaan antara satu sama yang lain seterusnya membuktikan Kuching benar-benar sebuah Bandar Perpaduan,” katanya.

Antara tarikan utamanya ialah 22 panel kaca berwarna yang menggambarkan detik-detik penting dalam kehidupan Yesus Kristus, dikenali sebagai Jalan Salib dengan kesemua panel ini menggabungkan motif tempatan Dayak, menambahkan sentuhan budaya yang unik buat gereja ini.

Dalam pada itu, Rektor Gereja St. Peter, Reverend Father Vincent Chin memberitahu, gereja yang dapat memuatkan lebih kurang 1,000 orang umat dalam satu misa akan dibuka secara rasmi pada Jun 2025.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan