Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia MADANI 2023-2027 atau Pelan Transformasi Al-Falah (PTF) merupakan dokumen panduan yang dinamik dalam menetapkan hala tuju 14 agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) secara terancang. Foto hiasan, Envanto.

Dewan Rakyat: Pelan Transformasi Al-Falah 2023-2027 perkasa peranan institusi Islam

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia MADANI 2023-2027 atau Pelan Transformasi Al-Falah (PTF) merupakan dokumen panduan yang dinamik dalam menetapkan hala tuju 14 agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) secara terancang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’Im Mokhtar berkata, PTF dirangka secara bersasar bagi mencapai objektif dan sasaran ditetapkan dalam tempoh lima tahun.

Jelas beliau, PTF menghimpunkan gerak kerja strategik kepada lima teras strategik iaitu pentadbiran Islam mampan, kesejahteraan insan, kemuliaan syariah, kepimpinan berdaya cipta dan kehormatan institusi Islam.

“Seiring dengan perkembangan teknologi dan cabaran yang semakin global, pengurusan komunikasi juga diperkemas agar lebih tersusun dan strategik.

“Agensi yang memainkan peranan ini adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), TV Al-Hijrah dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),” katanya pada Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Zulkifli Ismail (Perikatan Nasional – Jasin) yang ingin tahu usaha yang dilaksanakan bagi memastikan agensi dan institusi agama Islam dapat terus berperanan secara optimum dalam mengangkat martabat syariat, menjaga kesucian akidah dan pembangunan ummah.

Dewan Rakyat: KPWKM tumpu lahirkan penjaga berkemahiran

Mengulas lanjut Mohd Na’im berkata aspek pembangunan modal insan merupakan elemen penting dalam mengharungi cabaran trend mega yang mempengaruhi dunia dan masyarakat pada masa hadapan.

Justeru, pemerkasaan modal insan juga dipertingkatkan dengan latihan yang sewajarnya diberikan.

“Antara agensi yang memfokuskan aspek ini termasuklah JAKIM, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) dan MAWIP manakala IKIM menjalankan kajian mendalam mengenai isu-isu berkaitan akidah seperti fenomena penyebaran ideologi sesat, cabaran pluralisme agama dan penyimpangan fahaman akidah yang bertujuan untuk mengenal pasti akar masalah dan mencadangkan penyelesaian berdasarkan prinsip syariah dan maqasid syariah,” ujarnya lagi.

Dalam bidang perundangan pula katanya, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merupakan institusi induk yang diberikan peranan khusus bagi menjayakan Agenda Reformasi Perundangan dan Kehakiman Syariah di Malaysia.

“Peranan utamanya sebagai sebuah agensi persekutuan adalah menyelaras dan menambah baik pengurusan dan perkhidmatan mahkamah-mahkamah syariah termasuk dalam meningkatkan kecekapan dan profesionalisme institusi berkenaan,”katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan