KUALA LUMPUR, 9 Dis: Kebanyakan kes pengabaian dan penderaan terhadap kanak-kanak di negara ini didapati berlaku di bawah penjagaan keluarga atau orang yang dikenali.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata daripada 4,424 kes yang direkodkan setakat Ogos lepas, hanya tiga berlaku di taman asuhan kanak-kanak (taska).
“Lain-lain (kes) berlaku di tangan orang yang dikenali oleh kanak-kanak itu sendiri.
Dewan Rakyat: Pelan Transformasi Al-Falah 2023-2027 perkasa peranan institusi Islam
“Sebab itu kita telah melancarkan program advokasi kanak-kanak dalam usaha memberi kesedaran pengetahuan kepada masyarakat umum terutama kanak-kanak itu sendiri bagi menghentikan penderaan terhadap mereka,” katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Pakatan Harapan – Balik Pulau) untuk meminda Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 agar kakitangan taska mendapat kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan penyelesaian efektif untuk mengurangkan kes dera.
Dewan Rakyat: Pelan Transformasi Al-Falah 2023-2027 perkasa peranan institusi Islam
Sementara itu, Noraini berkata kes-kes penderaan dan pengabaian berlaku di taska tidak berdaftar.
“Taska (terlibat) tidak diketahui kewujudan oleh kementerian, sebab kalau berdaftar atau berada dalam senarai JKM, notis peringatan akan keluarkan supaya mereka tidak beroperasi sehingga selesai proses pendaftaran,” katanya. -TVS.