Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri R.Ramanan menjawab soalan berkaitan koperasi di Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Lebih 7,000 koperasi tidak selenggara akaun

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Dewan Rakyat dimaklumkan sebanyak 7,770 koperasi di seluruh negara tidak menyelenggara akaun masing – masing.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R.Ramanan berkata, ini sekali gus menunjukkan koperasi berkenaan tidak mematuhi Seksyen 58 Akta Koperasi 1993.

Jelas beliau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) juga mengesan sebanyak 2,304 koperasi yang tidak mengaudit akaun seperti yang ditetapkan.

“(Bagaimanapun) koperasi – koperasi ini diberikan bimbingan termasuk bantuan geran, tabung modal pusingan dan menerusi Program Jejak, koperasi yang kendalikan aktiviti pelancongan berdepan isu tidak hantar akaun (juga dibantu menerusi) bimbingan dan kursus yang disediakan oleh SKM,” katanya Pada Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini,

Beliau menjawab soalan tambahan Dato Dr Richard Rapu (Gabungan Parti Sarawak – Betong) yang ingin tahu usaha dan pendekatan kerajaan bagi membantu koperasi kecil dan mikro yang terjejas akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan kelangsung perniagaan dan mematuhi segala tadbir urus.

Sementara itu ketika menjawab soalan asal Wan Razali Wan Nor (Kuantan – Perikatan Nasional) berhubung tindakan serta kawalan kerajaan terhadap koperasi bermasalah, Ramanan berkata SKM komited dalam usaha mengawal selia gerakan koperasi di seluruh negara bagi mengelakkan koperasi menghadapi masalah pengurusan kewangan.

Dewan Rakyat: Pelan Transformasi Al-Falah 2023-2027 perkasa peranan institusi Islam

“Bilangan koperasi berdaftar ialah sebanyak 16,009 koperasi (dengan) yang aktif (ialah sebanyak) 9,823 dan yang tidak aktif 1,723.

“SKM mampu kawal selia koperasi dengan kapasiti sedia ada (kerana) terdapat cawangan di seluruh negara,” katanya.

Dewan Rakyat: Pelan Transformasi Al-Falah 2023-2027 perkasa peranan institusi Islam

Beliau turut memaklumkan kerajaan turut menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM3,000 kepada koperasi di Semenanjung Malaysia bagi pengurusan audit dan perakaunan manakala sebanyak RM3,500 bagi koperasi di Sabah dan Sarawak selain disediakan kursus bimbingan penyediaan akaun kepada koperasi kecil dan bermasalah. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan