Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 3,553 tindakan halangan akses dikenakan ke atas laman sesawang yang didapati melanggar perundangan di bawah Akta Hak Cipta 1987 berkaitan aktiviti cetak rompak bagi tempoh 2021 hingga Oktober 2024. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: Lebih 3,500 laman sesawang langgar Akta Hak Cipta disekat

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Sebanyak 3,553 tindakan halangan akses dikenakan ke atas laman sesawang yang didapati melanggar perundangan di bawah Akta Hak Cipta 1987 berkaitan aktiviti cetak rompak bagi tempoh 2021 hingga Oktober 2024.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata antara tindakan diambil oleh kementeriannya seperti pelanggaran ke atas karya berjudul ‘Syurga Itu Bukan Mudah’, ‘Jangan Lupa Janji’, ‘Cinta Wrong Direction’ dan pelbagai lagi.

“Selain itu terdapat 40 tindakan halangan akses telah dilakukan ke atas laman sesawang yang melakukan pelanggaran berkaitan penjualan barangan tiruan atau perkhidmatan secara dalam talian atau fizikal yang membawa kepada tindakan penguatkuasaan kesalahan jenayah.

Dewan Rakyat: Pelan Transformasi Al-Falah 2023-2027 perkasa peranan institusi Islam

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang daripada RM1 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun di bawah Seksyen 99 hingga Seksyen 102 Akta Cap Dagangan 2019,” jelasnya menerusi teks jawapan dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa.

Terdahulu Syahredzan Johan (Pakatan Harapan – Bangi) ingin tahu jumlah laman sesawang yang dihalang akses kerana pelanggaran hak harta intelek mengikut tahun dibahagikan mengikut jenis harta intelek.

Sementara itu menerusi jawapan sama dimaklumkan bagi tempoh 2021 hingga Oktober 2024, sebanyak 36 karya melibatkan 110 pautan telah dilaksanakan tindakan halangan akses oleh KPDN dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan penyedia perkhidmatan internet (ISP) di bawah peruntukan Seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dewan Rakyat: Laporan pemisahan peranan AG, pendakwa raya dibentang tahun depan

Ia menerusi pelaksanaan program Cyber Copyright Enforcement (CyCore) yang bermatlamat untuk mewujudkan satu platform kerjasama antara KPDN dengan pemilik hak cipta bagi membanteras pengedaran cetak rompak digital melalui medium internet.

Menurutnya kaedah sekatan laman sesawang merupakan kaedah pantas serta berkesan dalam membanteras aktiviti pengedaran cetak rompak digital selain dapat membantu mengurangkan kerugian yang dialami pemilik hak cipta semasa pelancaran filem baharu dalam bentuk digital di medium internet. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan